Реферат

Реферат на тему Kesan Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu Essay

Работа добавлена на сайт bukvasha.net: 2015-06-17

Поможем написать учебную работу

Если у вас возникли сложности с курсовой, контрольной, дипломной, рефератом, отчетом по практике, научно-исследовательской и любой другой работой - мы готовы помочь.

Предоплата всего

от 25%

Подписываем

договор

Выберите тип работы:

Скидка 25% при заказе до 27.1.2025


Kesan Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu Essay, Research Paper

Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Penduduk Tanah Melayu :

Perubahan Sosial:

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula secara rasminya pada 15 Februari 1942 apabila Singapura jatuh ke tangan Jepun dan berakhir pada 6 Ogos 1945 apabila bom atom digugurkan di Nagasaki dan Hiroshima. Pendudukan Jepun selama 3 tahun di Tanah Melayu meninggalkan kesan-kesan ke atas penduduk tempatan. Mereka sedar bahawa semua kuasa penjajah tidak akan dapat membawa kemajuan kepada Tanah Melayu.

+ Kewujudan Sistem Pengelasan Sosialisasi Masyarakat:

Di bawah pemerintahan Jepun, penduduk tempatan, khasnya orang Melayu yang berusia 16 hingga 30 tahun, digalak menjadi tentera berkhidmat di bawah Jepun. Hirerki masyarakat tempatan dibahagi kepada unit kampung, jiran tetangga dan keluarga. Melalui hirerki ini, Jepun memudahkan proses sistem pendaftaran keluarga. Setiap keluarga menerima sekeping Sijil Kehidupan dan Keamanan. Setiap perjalanan, pertukaran alamat, kelahiran atau kematian mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa. Kehidupan dahulu sebelum zaman pendudukan Jepun dimana rakyat bebas menjalankan aktiviti harian sesuka hati telah berubah dan dikawal rapi oleh pemerintah Jepun. Pihak Jepun melaksanakan kawalan yang ketat untuk membanteras kegiatan anti-Jepun di kalangan rakyat tempatan.

+ Perasaan Perkauman:

Secara umumnya, masyarakat Melayu menerima layanan yang agak baik daripada pihak Jepun. Pemerintah Jepun melantik golongan elit tradisional untuk memegang jawatan dalam pentadbiran bagi mendapat sokongan penduduk. Di antara penduduk yang diberi jawatan dalam pentadbiran :

a) Elib Bay – Pegawai Perhubungan Hal-Ehwal Iban Simanggang, Sarawal

b) Empenit Adam – Pegawai Daerah Simanggang

c) Abang Openg – Pegawai Daerah Kuching

d) Satem – Pegawai Daerah Lawas

e) Kapten Mohd. Salleh Haji Sulaiman – Pegawai Daerah Hulu Perak

f) Ibrahim Haji Yaacob – Ketua Tentera Sukarela

g) Dr. Burhanuddin Al-Helmi – Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu

Pasukan pengawal keselamatan yang terdiri daripada penduduk tempatan berkhidmat sebagai polis rahsia untuk Jepun. Pasukan polis rahsia ini berada di bawah pengawasan Ketua Kampung dan Ketua Anak Negeri. Pihak Jepun berhasrat membangkitkan perasaan perkauman antara kaum Melayu yang berkhidmat sebagai polis rahsia dan kaum Cina yang memberontak terhadap pemerintahan Jepun.

Suatu pasukan polis tentera khas, Kempeitai, ditubuhkan oleh pihak Jepun untuk menjaga kepentingan kerajaan Jepun. Kempeitai mempunyai kuasa melaksanakan apa-apa hukuman ke atas sesiapa yang disyaki terlibat dalam aktiviti anti-Jepun. Kempeitai bertanggungjawab ke atas beribu-ribu kes jenayah perang terhadap penduduk tempatan. Penduduk tempatan, terutamanya kaum wanita berbangsa Cina, dirogol dan dibunuh oleh Kempeitai dan tentera Jepun. Penduduk yang disyaki memberontak akan melalui penderitaan yang teruk dengan tujuan mendapat maklumat tentang pemberontak lain.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu menyebabkan masyarakat Cina mewujudkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA). MPAJA dikuasai oleh Parti Komunis Malaya dan mereka menggunakan taktik peperangan gerila. MPAJA telah bekerjasama dengan pihak British dan memperoleh latihan tentera dan senjata. Ini menyebabkan perasaan perkauman yang hebat di antara orang Melayu dan orang Cina. Orang Cina memarahi orang Melayu kerana bekerjasama dengan pihak Jepun. Pihak Jepun melatih orang Melayu sebagai polis dan askar untuk menentang MPAJA yang terdiri daripada orang Cina. Keadaan ini mewujudkan perasaan permusuhan di antara orang Cina dengan orang Melayu.

Hubungan Jepun dengan orang India baik kerana orang India kurang menentang Jepun. Jepun membentuk Liga Kemerdekaan Indiaa di Thailand. Liga ini menarik orang India menyertai Tentera Kebangsaan India.

+ Pertembungan Budaya Dan Tradisi

Orang-orang Cina yang lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan-kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu. Mereka juga bertembung dengan orang-orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakang.

+ Sistem Pendidikan Baru

Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan yang menekankan latihan akhlak daripada akademik untuk menanamkan sifat kerajinan terutamanya di kalangan orang Melayu. Jepun berusaha menghapuskan pengaruh barat dengan melaksanakan rancangan ‘penjepunan’. Kerajaan Jepun mahu mewujudkan sikap taat setia penduduk di Tanah Melayu terhadap Maharaja Jepun. Penduduk tempatan dipaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Jepun dimana pendidikan barat dihapuskan dengan mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dan mata pelajaran Inggeris. Bahasa Cina juga diharamkan. Bahasa Jepun atau ‘Nippon-Go’ menjadi bahasa pengantar di semua sekolah.

Tiap-tiap hari, semua pelajar mesti menyanyi lagu kebangsaan Jepun untuk menunjukkan taat setia kepada Maharaja Jepun. Golongan guru, pelajar dan belia diajar bahasa dan kebudayaan Jepun. Kursus bahasa dan Minggu Bahasa Jepun diadakan. Kelulusan dalam bahasa Jepun penting bagi kenaikan pangkat. Perpustakaan sekolah dilengkapi dengan buku-buku Jepun. Bahasa Jepun digunakan dalam perkhidmatan pos dan telegraf. Pelajaran percuma, cuti perayaan agam dan budaya Jepun diberikan. Melalui langkah-langkah ini, Jepun berusaha mengubah kesosialan masyarakat tempatan untuk menyerupai masyarakat Jepun.

+ Kewujudan Buruh Paksa

Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, penduduk Tanah Melayu khususnya orang Cina telah ditindas oleh Jepun. Ramai orang Melayu dan India menjadi buruh paksa khususnya untuk membina Jalan Keretapi Maut antara Negara Thai dan Burma.


1. Контрольная работа на тему Проникновение европейцев на американский континент Колонизация
2. Реферат Інститут омбудсмена в Україні
3. Книга на тему Центральная идея книги И Пригожина И Стенгерса Время хаос квант
4. Реферат Экологические проблемы в лесной и деревообрабатывающей промышленности
5. Реферат на тему John Keats And Literature Essay Research Paper
6. Реферат на тему US HistoryThe War If 1812 Essay Research
7. Реферат Политическая культура 11
8. Реферат на тему Marketing And The Media Essay Research Paper
9. Диплом Экологический туризм и его развитие в республике Башкортостан
10. Курсовая на тему Розробити програму-аналог програми Doc Undelete